|
Majlis Graduasi Prasekolah 2008 |
|
Saturday, 08 November 2008 |
|
Majlis Graduasi Prasekolah 2008 telah selamat dilaksanakan pada 8 November 2008.
Majlis Graduasi dibahagikan kepada 2 sesi, iaitu 4 buah sekolah menerima sijil pada sesi pertama dan 4 buah sekolah lagi menerima sijil pada sesi kedua. Sijil-sijil bagi kedua-dua sesi disampaikan oleh wakil tuan Timbalan Pengarah, Pn. Hjh. Noriah binti Hamzah, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya. Ibu bapa dan murid bagi sesi pertama telah sampai di Auditorium Parcel E seawal 7.30 pagi.

Sesi pertama dimulakan dengan tarian selamat datang oleh murid-murid SK Putrajaya Presint 11 (3). Selepas bacaan doa dan ucapan perasmi, persembahan tarian dari murid prasekolah SK Putrajaya Presint 9 (2) yang telah mendapat tempat pertama dalam Karnival Prasekolah Putrajaya dan mendapat tempat ke-9 di Karnival Prasekolah Peringkat Kebangsaan di Kuantan. Usai sahaja persembahan tarian, sijil-sijil pun dianugerahkan kepada murid-murid prasekolah. Kelihatan ibu bapa begitu bangga melihat anak-anak mereka segak berpakaian jubah dan topi graduasi. Ibu bapa membawa anak-anak mereka pulang sejurus selepas penganugerahan sijil.

Sesi kedua pula dimulakan pada pukul 11 pagi, para hadirin telah dipersembahkan dengan tayangan multimedia acara-acara pertandingan di Karnival Prasekolah Peringkat Kebangsaan di Kuantan. Selepas itu, hadirin dipukau dengan deklamasi sajak oleh murid prasekolah SK Putrajaya Presint 11 (3) dan persembahan nyanyian dan gerakan oleh murid-murid prasekolah SK Putrajaya Presint 11 (1). Tiba giliran 4 buah sekolah lagi untuk menerima sijil. Anak-anak ini berjalan dengan bergaya, ada yang berjalan seperti tokoh korporat dan menteri, ada juga yang malu-malu. Majlis Graduasi Prasekolah 2008 selesai pada pukul 12.30 tengah hari.

Unit Prasekolah, Sektor Pengurusan Sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK pengelola iaitu pentadbir dan guru-guru dari SK Putrajaya Presint 11 (3), guru-guru prasekolah dan pembantu pengurusan murid yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan Majlis Graduasi Prasekolah 2008. Terima kasih juga kepada 736 orang ibu bapa yang hadir pada majlis tersebut. Kehadiran tuan/puan telah memeriahkan lagi majlis graduasi kali ini.
|
|
|
KARNIVAL PRASEKOLAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA 2008 |
|
Saturday, 09 August 2008 |
|
Karnival Prasekolah Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya 2008 telah dijalankan pada 9 Ogos 2008. Semua sekolah kebangsaan yang mempunyai kelas prasekolah di Putrajaya telah mengambil bahagian. Sekolah yang menjadi tuan rumah pada kali ini adalah SK Putrajaya Presint 11 (3). Ramai tetamu daripada kalangan ibu bapa telah hadir untuk turut sama memeriahkan karnival tersebut.
Sebanyak 8 acara telah dipertandingkan iaitu deklamasi sajak, hafazan, bercerita Bahasa Melayu, bercerita Bahasa Inggeris, tarian rampai tradisional, nyanyian dan gerakan, mewarna dan pakaian beragam. Kesemua pertandingan telah dijalankan serentak. Kesemua bilik dan tempat pertandingan yang disediakan adalah selesa dan dihias cantik.
Perasmian penutup telah dilaksanakan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran, Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya, Dr. Muhammad bin AB Rahman. Pemenang bagi pertandingan hafazan dan tarian rampai tradisional adalah dari SK Putrajaya Presint 9 (2). Johan bagi pertandingan bercerita Bahasa Melayu disandang oleh SK Putrajaya Presint 16 (1) manakala johan pertandingan bercerita Bahasa Inggeris pula jatuh kepada SK Putrajaya Presint 8 (1). Bagi deklamasi sajak pula, peserta dari SK Putrajaya Presint 11 (3) telah berjaya menambat hati para hakim. Johan bagi pertandingan nyanyian dan gerakan pula adalah SK Putrajaya Presint 11 (1).

Terdapat peningkatan bagi setiap acara yang dipertandingkan berbanding tahun sebelumnya. Perjalanan karnival juga berjalan dengan lancar dengan adanya kerjasama erat dan sokongan padu dari semua ahli jawatankuasa yang terlibat. Semoga kejayaan, keakraban, kerjasama dan kecemerlangan turut sama mengiringi langkah kita ke Karnival Prasekolah Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Dhe Rhu Beach Resort, Kuantan, Pahang pada 21 hingga 24 Oktober, insyaallah. |
|
|
MAJLIS PERASMIAN KAUNTER PPWPP |
|
Thursday, 04 December 2008 |
|
5 Dec 2008
Perasmian kaunter telah berlangsung di pejabat baru PPWPP di Sk Putrajaya Presint16(2). Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Dr. Mohammad bin Ab Rahman. |
|
|